25 February 2011

order farah n sha

dah lama rasanya tak kongsi citer dgn kawan2.
minggu ni memang betul2 sibuk.
keychain kat atas tu kawan punye. dia suh buat donut.
ni la 1st time buat donut. harap jadik la.
sebenarnya dah lama siap, tp tak sempat nak upload
gambo. harap dia suka ler...

ni gambo belakang donut.
tu nama tuan yang empunya.

ini pon donut jugak tp yang ni bukan keychain.

harap sha pon suka dengan brooch ni.

23 February 2011

1st giveaway winners

minta maaf banyak2 sbb membuatkan ramai kawan2
tertunggu2 dgn keputusan GA ida ni.
ida sibuk sket. kesian kawan2 sume....
so malam tadi ida dah pilih 2 winners
melalui cabutan bertuah.
nanti ida akan hubungi pemenang2 utk
mintak alamat utk ida pos hadiah yg tak seberapa ni.
 1st winner :
bambam
2nd winner :
hana kirana
congrats to all winners. kepada yg tak bernasib baik,
jangan putus asa ya? insyaallah...lain kali ida buat GA lagi. 

18 February 2011

lollipop lagi


dalam duk sibuk2..sempat lagi siapkan
keychain lollipop ni.
ini tot win punya. tp lepas ni buat sendiri ya?
sbb dia dah beli starter kit untuk buat sendiri.

16 February 2011

tote boutique's GA


ida tak pernah promote mana2 GA dlm blog ida nih.
ini la kali pertama. sebab ida berkenan sgt dgn hadiah kat atas tu.
harap2 ida akan jadi one of d winners. ida suka yang
munge2 background hijau tu. cantik kan?
so kalau kawan2 pon nak join GA ni...
klik kat sini ok?
cepat2 tau...tarikh tutup 18hb feb.
wokey...good luck!

14 February 2011

last day

hari ni hari terakhir utk kawan2 sume join GA ida.
GA ida ni akan ditutup tepat pada pukul 12 tgh malam nanti.
apa2 pon, nak ucapkan terima kasih banyak2 to those
yg join. sebenarnya ida x sangka begitu ramai yg join.
rasa terharu dan gembira.
so, since there were so many entries, insyaallah ida will
choose 2 winners, instead of 1.
thank you guys.

04 February 2011

klip rambut

ini sepit rambut ayeen. ida siapkan semalam. kejap je
buat ni. seronot ayeen dpt sepit rambut baru.
lepas ni leh buat lagi.

jalan-jalan

ini ayeen n afiq. kami pegi jalan2 pagi td.
lepas pegi kedai buku popular kat mega mall pacific, penang
pegi singgah makan kat mc donald. ini baru lepas makan
la ni. nape 2 org je? aiman tak nak tangkap gambo.
dia duk ralit baca buku yg beli kt popular.

03 February 2011

order starter kit

 
sesapa yg nak order starter kit ni leh contact
phone no ni 016 - 485 3698 atau hantar
email ke naz_zik@yahoo.com.my
sebenarnye ida ni tolong promote je.
starter kit ni adik ida yg jual. nama dia TIE.
seronot buat craft ni.
plaster yg dia bg dlm box tu, kite akan letak
dlm bekas mould yg dia bg, then terhasil la
bentuk yg comel2 tu. then kite kaler la ikut creativity
masing2. kaler dia dah siap bagi.
bila dah siap, leh la letak magnet utk buat fridge magnet
atau letak pin utk buat brooch. magnet n pin
pon ada disediakan dlm starter kit ni.
senang je kan?
so jgn malu2...order la sekarang
RM48 je termasuk pos.

31 January 2011

1st giveaway

nape buat giveaway?
mmm...seronot tengok org lain buat, so teringin ler
jugak nak buat. tp giveaway ida ni biasa2 je.
tak lah sehebat giveaway blogger lain.
tp harap2 ada blogger/crafter out there yg sudi join.
syarat2 nya senang je..
1. promote giveaway ni kat blog korang...paste gambar
giveaway ni sekali tau...
2. tinggalkan jejak kat shoutmix tu...plus your comment
3. be my follower
4. masukkan blog http://aieentheprincess.blogspot.com ni
dalam senarai blog korang
dah pon siap
pemenang akan dipilih melalui lucky draw
tarikh tutup : 14 february 2011 (isnin)

pencil case

dah siap pon pensil case masturah (anak saudara yg duk kat kulim)
jenuh nak siapkan. masa takde.
tp akhirnya...siap jugak.
(masturah suka tak?)

   ini bahagian belakang.
kenapa nama dania? mula2 nak letak nama 'masturah'
tp panjang sgt...tak muat ler plak.
so letak je 'dania'. tp orait la, sbb nama tuan punya
pensil case ni 'nur dania masturah'.

 ini bahagian sisi. takde ler besar sgt.
next project ida...apa ya?
tak tau nak buat apa...nanti la fikir kemudian.
tp semuanya buat untuk suka2 saja.
setakat ni sume project yg ida buat FOC je..

28 January 2011

felt

felt ni sampai semalam. seronot sgt bila tengok felt
yg banyak ni. ida x pernah ada felt sebanyak ni.
felt yg ida ada sblm ni cuma yg ida beli dr kedai sus.
itu pun starter kit punya. so ni 2nd time ida beli felt.
tp yg ni ida beli dr cintahati craft. murah.
so lepas ni lg semangat nak buat craft.
tp ida just buat sblm nak tido n on weekends je.
sbb tu lambat sket nak siapkan apa2 project.

26 January 2011

siap akhirnya

 monster ni utk aiman (anak sulong).
dah lama dia suh buat monster tp tak sempat.
alhamdulillah...siap jugak akhirnya.

ini bahagian belakang monster tu.
ida letak nama tuan dia..AIMAN.

lollipop ni utk mie (my mom). biru n pink tu warna peberet ida.

yang ni bahagian belakang lollipop.

purse warna purple ni plak utk anak saudara yg
duk kat terengganu (kampung halaman ida).
anisa nabila n anisa asyikin. boleh la diorang
buh duit bawak pegi sekolah.

ini bahagian belakang purse. ida buat sama sbb tak nak
bagi berebut. tak pun nanti, jeles kalau ida buat lain2.
so buat sama...senang cerita.

ini la hasil kerja tangan ida yg akan dipos
ke terengganu. harap diorang suka ler...

be patient. they are on d way....
next project..nak buat pencil case utk anak saudara
ida yg duk kat lunas, kedah.
nama dia nur dania masturah. umo 4 thn.
(masturah sabor ye...moklong buat comel2)

25 January 2011

my princess

ini la buah hati pengarang jantung ida sekeluarga.
anak ida yg ketiga. aireen hazirah. tp kami panggil AYEEN.
blog ni dinamakan sempena nama dia la. mula2 nak namakan
blog ni ayeentheprincess tp nama tu tak available,
so ida ubah sket pd ejaan ayeen to aieen.
kenapa princess? hmmm...ayeen ni berangan nak jadi princess.
walaupun orangnya ni kasar sket (mungkin sbb kat atas dia 2 org abg)
peberet ayeen ni disney princess, dora n barbie.
dan all pink stuffs. dia suka sgt dgn warna pink.
(mungkin sbb masa pregnantkan dia dulu, ida suka warna pink kot)
umo ayeen 6 tahun. tp kalau ikut birthdate lambat lg..(02 december)
hmm...ibu sayang ayeen.   

17 January 2011

lollipop

ini la rupa paras lollipop ida yg tak seberapa. (sori ler..terlebih flash)
dlm byk2 felt craft yg ida buat, lollipop la yg paling
ida suka, sbb rasa cam cute semacam je.
(lps ni..leh la buat lollipop lg)
lollipop ni ida nk bg kat adik ida...si farrah.
harap2 dia suka la.

ni plak rupa kt belakang.
gambar ni terkurang flash ler plak. itu yg nampak bayang.
(bayang hp ida...tangkap gambo ni pakai hp je)
(bukan sbb digital camera xde, tp pakai hp senang - bluetooth je)
pikir punye pikir, ida rasa nk bg kengkawan ida lollipop
la nnt. (tp bila tu?..ntah la...)

14 January 2011

sedikit sibuk

dah berapa hari tak tulis apa2 kt blog ni. sedikit sibuk
dan tiada idea nak menulis. minggu ni kena buat lawatan
pemantauan ke sekolah2 yg diarahkan. balik dr pemantauan
kena tulis report plak. sbb tu sibuk sket. ini pon report
belum siap. (tp masih tak sedar diri bukak blog. issshhh....)
sambil2 dlm keadaan sibuk, ida berjaya jgk siapkan lg satu
felt craft. (buat kt rumah ya...bukan kt opis tau?)
ida buat handphone charm, bentuk lollipop. warna koko.
(sbb stok felt ida x byk warna, huhuhu....)
nak bagi kat adik ida, farrah. ada jgk org tanye, tak nak jual
ke? ida buat felt craft ni suka2, sbg hobi.
bila dah siap, ida bg je kt sapa2. ida rasa puas hati bila org
suka dgn hasil keje ida. seronot sgt!

dalam duk asyik menulis ni, ida dpt msg dr seorg sahabat
dari sekolah tempat ida mengajar dulu.
sakit perut gelak bila ida baca msg tu. aduhai....
kisah anak ida yg sulong, si aiman hakeem.
sahabat ida tu mengajar agama islam di kelas aiman.
al kisahnya : kawan ida ajar ttg bersuci dr najis.
diberikan contoh najis mutawasitah...darah.
then kawan ida ni bertanya la...darah yg macamana
dianggap najis. aiman jawab dgn selamba dan tanpa rasa
bersalah apa2..."darah tinggi n darah rendah".
budak2 lain terpinga2...sbb ustazah gelak nak pecah perut.
(budak2 lain x tau jgk ler tu. hikhik)
hmmm....aiman...aiman....  

10 January 2011

teratai putih

hari sabtu lepas, ida pegi jalan2 kat padang besar.
(jalan2 ke....shopping? heeee.....). yg pegi...ida, abang, anak2 ida 3 org,
abah, mie n adik ida. 8 org sume. ramai jgk.
kami menginap kat sini, teratai putih restaurant n resort. ida pernah
dtg sini dulu, masa tu anak ida yg sulong...si aiman tu, kecik lg.
masa pegi dulu, aiman baru setahun lebih. skrg aiman dah darjah 4.
tempat ni murah n best. (ala...nak tido je)

 chantek tak? ini sebahagian tpt dlm kawasan teratai putih.
kawasan teratai putih ni luas.

ini pulak dalam restoran. chantek tempatnya.

saujana mata memandang.

jgn main2...jalan2 cari makan pernah singgah di
restoran teratai putih ni. memang sedap makanan kat sini.

sup tulang ni memang menjilat jari. sedap... (adusss....lapor ler plak).
menu utk dinner kami malam tu: sup tulang, siakap tiga rasa, telur dadar,
kerabu mangga, daging masak merah, air oren. memang sodap.
(kalau tak sedap, takkan licin kot? ke sbb lapar? hahaha..)
so..kalau korang rasa nak menginap kat teratai putih ni atau
nak cuba menu kat sini, boleh la. jalan nak ke teratai putih ni
memang adventure sket, tp apa salahnya. sekali sekala.
yg penting dari sini nak ke padang besar kejap je, dlm 10 minit gitu.
no telefon teratai putih: 04-9493549 

 

tot tie

 ada sorang budak tu nak bertunang. nama dia tot tie. so ida beli la
benda ni utk bagi kat tetamu yg dtg nnt. kira sponsor ler.
dia nak warna turquoise tp jenuh cari. kira halal la yg ni
pon. orait la ya tot? baik ada dr takde kan? (hikhikhik....)

 ni lagi satu. ida suka yg ni. tak tau la tuan punya badan suka
ke tak? mcm tadi jgk la...kira halal je la tot....suka ke, tak suka ke,
ida dah beli pon. so kena suka jgk. bertunang ni tak payah
grand sgt. nnt nak kawin, kite bg keta satu sorg kat tetamu ya?
(hehehe....byk duit aku - mesti tot kata cam tu)
apa yg penting....kerjasama (nyanyi cam wonder pets).
yg lagi penting.....akadnya. sah? 
 

handbag

ni gambo handbag. tp yg  special nya handbag ni sbb birthday
present dr abang. birthday ida semalam (9 Januari). yg ke 36.
(tua dh pon..huhu). ida suka handbag ni...sbb ida pilih sendiri. hahaha.
abang bg duit je, tp yg bayor nya ida jugak. (apa la....). hari ni datang opis,
ida bergaya dgn handbag baru ni la. heee....suka sangat. mekasih abang....

06 January 2011

opis

sekali pandang pon dh tau ni brg2 kt opis. ni la sebahagian
brg2 atas meja kt opis ida. (ingat...sebahagian je tu).
brg2 ni sume ada kenangan masing2. mug yg masam mencuka
tu hadiah dr anak murid ida (muizuddin) masa ida jd cikgi dulu.
ida suka mug tu sbb kalau letak air panas, lambat sket sejuk.
(kat opis ni sejuk sgt...tak tahan). kalendar tu dpt free je masa
pegi pameran dinosaur kt jusco perda. pengepit kertas butterfly
tu pon, anak murid ida yg bg. nama dia aqeem.
(dh tingkatan brape dia skrg ni ya? lupa dah....). yg katak tu ida beli
sendiri kt MR. DIY. ida suka pegi kedai tu, brg2 murah.
anak2 ida lg suka. highlighter kecik2 yg duk dlm bekas tu, abang
yg bagi. brg2 yg lain tu, sume ida beli. tp lupa dh kt mana.
(sebenarnya malas nk describe satu2. hehehe.....)   

untuk adik ipar

keychain ni ida buat semalam. skill menjahit makin baik.
(masuk bakul angkat sendiri. hikhik...) keychain ni ida buat untuk
adir ipar ida. nama dia zurina, isteri azmi. ida ni berangan
nak buat macam2. tp mampu ke ni? buat felt craft ni seronot
sgt2. bila dah mula buat, xmau berenti selagi x siap.
tengok la gambar background tu, ntah apa2.
mesti suami ida ckp x chantek lagi. (uwaaaaa.....)

   ini pandangan belakang. tp gambar yg ida ambik tu mmg ntah
apa2. terlebih flash ke apa ke? dulu masa sek men masuk kelab
fotografi, tp x jgk pandai2. (camana nk pandai, tiap kali perjumpaan, cikgu tu
asyik bercakap je, amali nya xde langsung). salahkan org la plak. (sori cikgu)
pe2 hal pon, ida harap adik ipar ida suka dgn keychain ni.