31 January 2011

1st giveaway

nape buat giveaway?
mmm...seronot tengok org lain buat, so teringin ler
jugak nak buat. tp giveaway ida ni biasa2 je.
tak lah sehebat giveaway blogger lain.
tp harap2 ada blogger/crafter out there yg sudi join.
syarat2 nya senang je..
1. promote giveaway ni kat blog korang...paste gambar
giveaway ni sekali tau...
2. tinggalkan jejak kat shoutmix tu...plus your comment
3. be my follower
4. masukkan blog http://aieentheprincess.blogspot.com ni
dalam senarai blog korang
dah pon siap
pemenang akan dipilih melalui lucky draw
tarikh tutup : 14 february 2011 (isnin)

pencil case

dah siap pon pensil case masturah (anak saudara yg duk kat kulim)
jenuh nak siapkan. masa takde.
tp akhirnya...siap jugak.
(masturah suka tak?)

   ini bahagian belakang.
kenapa nama dania? mula2 nak letak nama 'masturah'
tp panjang sgt...tak muat ler plak.
so letak je 'dania'. tp orait la, sbb nama tuan punya
pensil case ni 'nur dania masturah'.

 ini bahagian sisi. takde ler besar sgt.
next project ida...apa ya?
tak tau nak buat apa...nanti la fikir kemudian.
tp semuanya buat untuk suka2 saja.
setakat ni sume project yg ida buat FOC je..

28 January 2011

felt

felt ni sampai semalam. seronot sgt bila tengok felt
yg banyak ni. ida x pernah ada felt sebanyak ni.
felt yg ida ada sblm ni cuma yg ida beli dr kedai sus.
itu pun starter kit punya. so ni 2nd time ida beli felt.
tp yg ni ida beli dr cintahati craft. murah.
so lepas ni lg semangat nak buat craft.
tp ida just buat sblm nak tido n on weekends je.
sbb tu lambat sket nak siapkan apa2 project.

26 January 2011

siap akhirnya

 monster ni utk aiman (anak sulong).
dah lama dia suh buat monster tp tak sempat.
alhamdulillah...siap jugak akhirnya.

ini bahagian belakang monster tu.
ida letak nama tuan dia..AIMAN.

lollipop ni utk mie (my mom). biru n pink tu warna peberet ida.

yang ni bahagian belakang lollipop.

purse warna purple ni plak utk anak saudara yg
duk kat terengganu (kampung halaman ida).
anisa nabila n anisa asyikin. boleh la diorang
buh duit bawak pegi sekolah.

ini bahagian belakang purse. ida buat sama sbb tak nak
bagi berebut. tak pun nanti, jeles kalau ida buat lain2.
so buat sama...senang cerita.

ini la hasil kerja tangan ida yg akan dipos
ke terengganu. harap diorang suka ler...

be patient. they are on d way....
next project..nak buat pencil case utk anak saudara
ida yg duk kat lunas, kedah.
nama dia nur dania masturah. umo 4 thn.
(masturah sabor ye...moklong buat comel2)

25 January 2011

my princess

ini la buah hati pengarang jantung ida sekeluarga.
anak ida yg ketiga. aireen hazirah. tp kami panggil AYEEN.
blog ni dinamakan sempena nama dia la. mula2 nak namakan
blog ni ayeentheprincess tp nama tu tak available,
so ida ubah sket pd ejaan ayeen to aieen.
kenapa princess? hmmm...ayeen ni berangan nak jadi princess.
walaupun orangnya ni kasar sket (mungkin sbb kat atas dia 2 org abg)
peberet ayeen ni disney princess, dora n barbie.
dan all pink stuffs. dia suka sgt dgn warna pink.
(mungkin sbb masa pregnantkan dia dulu, ida suka warna pink kot)
umo ayeen 6 tahun. tp kalau ikut birthdate lambat lg..(02 december)
hmm...ibu sayang ayeen.   

17 January 2011

lollipop

ini la rupa paras lollipop ida yg tak seberapa. (sori ler..terlebih flash)
dlm byk2 felt craft yg ida buat, lollipop la yg paling
ida suka, sbb rasa cam cute semacam je.
(lps ni..leh la buat lollipop lg)
lollipop ni ida nk bg kat adik ida...si farrah.
harap2 dia suka la.

ni plak rupa kt belakang.
gambar ni terkurang flash ler plak. itu yg nampak bayang.
(bayang hp ida...tangkap gambo ni pakai hp je)
(bukan sbb digital camera xde, tp pakai hp senang - bluetooth je)
pikir punye pikir, ida rasa nk bg kengkawan ida lollipop
la nnt. (tp bila tu?..ntah la...)

14 January 2011

sedikit sibuk

dah berapa hari tak tulis apa2 kt blog ni. sedikit sibuk
dan tiada idea nak menulis. minggu ni kena buat lawatan
pemantauan ke sekolah2 yg diarahkan. balik dr pemantauan
kena tulis report plak. sbb tu sibuk sket. ini pon report
belum siap. (tp masih tak sedar diri bukak blog. issshhh....)
sambil2 dlm keadaan sibuk, ida berjaya jgk siapkan lg satu
felt craft. (buat kt rumah ya...bukan kt opis tau?)
ida buat handphone charm, bentuk lollipop. warna koko.
(sbb stok felt ida x byk warna, huhuhu....)
nak bagi kat adik ida, farrah. ada jgk org tanye, tak nak jual
ke? ida buat felt craft ni suka2, sbg hobi.
bila dah siap, ida bg je kt sapa2. ida rasa puas hati bila org
suka dgn hasil keje ida. seronot sgt!

dalam duk asyik menulis ni, ida dpt msg dr seorg sahabat
dari sekolah tempat ida mengajar dulu.
sakit perut gelak bila ida baca msg tu. aduhai....
kisah anak ida yg sulong, si aiman hakeem.
sahabat ida tu mengajar agama islam di kelas aiman.
al kisahnya : kawan ida ajar ttg bersuci dr najis.
diberikan contoh najis mutawasitah...darah.
then kawan ida ni bertanya la...darah yg macamana
dianggap najis. aiman jawab dgn selamba dan tanpa rasa
bersalah apa2..."darah tinggi n darah rendah".
budak2 lain terpinga2...sbb ustazah gelak nak pecah perut.
(budak2 lain x tau jgk ler tu. hikhik)
hmmm....aiman...aiman....  

10 January 2011

teratai putih

hari sabtu lepas, ida pegi jalan2 kat padang besar.
(jalan2 ke....shopping? heeee.....). yg pegi...ida, abang, anak2 ida 3 org,
abah, mie n adik ida. 8 org sume. ramai jgk.
kami menginap kat sini, teratai putih restaurant n resort. ida pernah
dtg sini dulu, masa tu anak ida yg sulong...si aiman tu, kecik lg.
masa pegi dulu, aiman baru setahun lebih. skrg aiman dah darjah 4.
tempat ni murah n best. (ala...nak tido je)

 chantek tak? ini sebahagian tpt dlm kawasan teratai putih.
kawasan teratai putih ni luas.

ini pulak dalam restoran. chantek tempatnya.

saujana mata memandang.

jgn main2...jalan2 cari makan pernah singgah di
restoran teratai putih ni. memang sedap makanan kat sini.

sup tulang ni memang menjilat jari. sedap... (adusss....lapor ler plak).
menu utk dinner kami malam tu: sup tulang, siakap tiga rasa, telur dadar,
kerabu mangga, daging masak merah, air oren. memang sodap.
(kalau tak sedap, takkan licin kot? ke sbb lapar? hahaha..)
so..kalau korang rasa nak menginap kat teratai putih ni atau
nak cuba menu kat sini, boleh la. jalan nak ke teratai putih ni
memang adventure sket, tp apa salahnya. sekali sekala.
yg penting dari sini nak ke padang besar kejap je, dlm 10 minit gitu.
no telefon teratai putih: 04-9493549 

 

tot tie

 ada sorang budak tu nak bertunang. nama dia tot tie. so ida beli la
benda ni utk bagi kat tetamu yg dtg nnt. kira sponsor ler.
dia nak warna turquoise tp jenuh cari. kira halal la yg ni
pon. orait la ya tot? baik ada dr takde kan? (hikhikhik....)

 ni lagi satu. ida suka yg ni. tak tau la tuan punya badan suka
ke tak? mcm tadi jgk la...kira halal je la tot....suka ke, tak suka ke,
ida dah beli pon. so kena suka jgk. bertunang ni tak payah
grand sgt. nnt nak kawin, kite bg keta satu sorg kat tetamu ya?
(hehehe....byk duit aku - mesti tot kata cam tu)
apa yg penting....kerjasama (nyanyi cam wonder pets).
yg lagi penting.....akadnya. sah? 
 

handbag

ni gambo handbag. tp yg  special nya handbag ni sbb birthday
present dr abang. birthday ida semalam (9 Januari). yg ke 36.
(tua dh pon..huhu). ida suka handbag ni...sbb ida pilih sendiri. hahaha.
abang bg duit je, tp yg bayor nya ida jugak. (apa la....). hari ni datang opis,
ida bergaya dgn handbag baru ni la. heee....suka sangat. mekasih abang....

06 January 2011

opis

sekali pandang pon dh tau ni brg2 kt opis. ni la sebahagian
brg2 atas meja kt opis ida. (ingat...sebahagian je tu).
brg2 ni sume ada kenangan masing2. mug yg masam mencuka
tu hadiah dr anak murid ida (muizuddin) masa ida jd cikgi dulu.
ida suka mug tu sbb kalau letak air panas, lambat sket sejuk.
(kat opis ni sejuk sgt...tak tahan). kalendar tu dpt free je masa
pegi pameran dinosaur kt jusco perda. pengepit kertas butterfly
tu pon, anak murid ida yg bg. nama dia aqeem.
(dh tingkatan brape dia skrg ni ya? lupa dah....). yg katak tu ida beli
sendiri kt MR. DIY. ida suka pegi kedai tu, brg2 murah.
anak2 ida lg suka. highlighter kecik2 yg duk dlm bekas tu, abang
yg bagi. brg2 yg lain tu, sume ida beli. tp lupa dh kt mana.
(sebenarnya malas nk describe satu2. hehehe.....)   

untuk adik ipar

keychain ni ida buat semalam. skill menjahit makin baik.
(masuk bakul angkat sendiri. hikhik...) keychain ni ida buat untuk
adir ipar ida. nama dia zurina, isteri azmi. ida ni berangan
nak buat macam2. tp mampu ke ni? buat felt craft ni seronot
sgt2. bila dah mula buat, xmau berenti selagi x siap.
tengok la gambar background tu, ntah apa2.
mesti suami ida ckp x chantek lagi. (uwaaaaa.....)

   ini pandangan belakang. tp gambar yg ida ambik tu mmg ntah
apa2. terlebih flash ke apa ke? dulu masa sek men masuk kelab
fotografi, tp x jgk pandai2. (camana nk pandai, tiap kali perjumpaan, cikgu tu
asyik bercakap je, amali nya xde langsung). salahkan org la plak. (sori cikgu)
pe2 hal pon, ida harap adik ipar ida suka dgn keychain ni.  

pen n cake

ini la rupa birthday cake utk suami ida. (beli kat kedai je...)
mula2 nak beli yg ada warna pink sbb ida punya favourite
colour, tp x gamak la plak. so..pilih punya pilih, kek ni la
yg jd pilihan. ida suka bentuk love yg adik kedai tu buat.
comeiii.... (tp comei sket je la)

   ni pandangan dr tepi. sedap tengok coklat tu duk meleleh kt tepi.
5 batang lilin tu hiasan je. kalau boleh nak mintak 37 btg lilin.
tp takut bengkrap plak kedai kek tu nnt (",)
(takkan bengkrap kot?)
ida makan sket je kek tu. pertama sbb tak suka sgt dgn kek,
kedua sbb takut semput dan mmg terbukti mlm td ida semput.
tp sib baik ubat allergic ada. aiman plak mkn biskut kt atas
kek tu je. ida x bg mkn. takut naik gatal2 lg. karang x pegi
sekolah lg. dah 2 hari cuti (selasa, rabu). minggu dpn dia ada ujian
BM sbb cikgu dia (pn. suhaida) nk buat penilaian sket
utk ETR bg subjek BM ni. (eh! dah kuar dr topik pencake ni. hehehe...)

 jeng..jeng..jeng.. ini la hadiah yg x seberapa utk suamiku sempena
hari lahir dia. (sori yang...ni je yg mampu beli - tp leh tahan jgk harganya)
abang memang suka dgn pen parker. sbb tu la beli jenama ni.
pen yg aku pakai, bantai je jenama apa2. asal sedap menulis, cukup.
so, once again...HAPPY BIRTHDAY. 

05 January 2011

happy 37th birthday


Allah selamatkan kamu... hari ni hari jadi suami ida yg terchenta. 
yg ke 37. dah tua pon. (tp tetap maintain hensem. hikhik). 
tp nak bg hadiah apa ya? belum beli lagi ni. hmmm.... fenin jgk mikirkan hadiah
ni. balik keje ptg nnt la pegi beli kejap.
tengok kek kat atas tu sedap ler plak. (kek betul ke tu?)
 mula la perut yg sedia lapar ni berdondang sayang.
(aduss...lapar nya. sob..sob..)
beli kek nanti yg rembat lebihnya anak2.
nak2 anak dara yg sorang tu. cukup suka dia dgn kek.
ida ni plak kalau mkn kek, mlm nnt semput la jawabnya.
(allergic...tak leh mkn telur. huhu..)
cerita pasal allergic ni, hari ni masuk hari ke 4 aiman kena sopak garam.
abis 1 badan. tak tau silap mkn apa. dia kena inject 3 hari berturut.
tp xmau jgk baik. mlm td pegi klinik lain plak. doc ckp tak
elok inject selalu. (pulak dah...)
harap2 hari ni ok la. dah 2 hari x pegi sekolah.
(hmmm...nak cari hadiah, nak cari hadiah...nak cari...zzzzzz.....)    

hobi baru

ni ler hobi baru ida skrg. felt craft. seronot rupanya.
padahal bukan pandai menjahit pon. tp sbb minat punya pasal,
jd ok plak skill menjahit ida. (showing off ke ni? hikhik...)
wallet ni ida buat utk afiq, anak kedua ida.
punya ler dia suka. bila dia suka, ida lagi la suka.
(tp skrg dah jd hitam legam wallet tuh..hmmm) 


ni plak aireen punya. anak ida yg paling kecik.
ida buat purse kt dia. aireen mmg minat sgt dgn warna pink.
apa saja brg dia, mesti nak warna pink.
sbb tu buat purse ni warna pink. chantek tak?
(cakap je la chantek...ambik ati ida)
tapi, hubby cakap...warna background gambar kat atas tu tak chantek.
(abis camana...yg tangkap gambar ni pro sgt)